- Rusa mempunyai kadar kelahiran anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara 80% - 90%;
- Anak
rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam setahun, iaitu antara 2% - 5%;
- Rusa
adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dengan cuaca semasa seperti
hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos
permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan
kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu,
rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun
hujan, khususnya pokok-pokok renek;
- Rusa
merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi
terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti
ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan
suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu,
langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak
mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa;
- Rusa
juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai
makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum),
green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan
guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu,
makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun
ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau
bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan
sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu;
- Mengikut
kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan pertanian
negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan rumput
kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu;
- Dressing
percentage rusa juga hanya dalam linkungan 60%;
- Daging
rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah serta
amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel terkemuka
dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara;
- Selain
itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang cepat
berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain ekoran
kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah,
penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas
seperti bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat
bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan, sama ada secara ladang
(lepas bebas) atau secara potong dan bawa (cut and carry);
- Membantu
membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan negara.
Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak
langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan
penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para
penternak dan memajukan ekonomi negara;
- Penternakan
rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara dan memulihara
kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat diatasi ekoran
masalah pemburuan haram yang berleluasa.
Pages
Profil
Friday, August 28, 2015
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN - TERNAKAN RUSA
PENGENALAN
Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.
Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.
Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia.
Akhir sekali, semoga sebarang maklumat ini akan mampu membantu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara kita, khususnya bidang pertanian negara.
No comments:
Post a Comment