Pages

Profil

My photo
PASIR PUTEH, KELANTAN, Malaysia

Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan



Kami warga Permatang Sungkai Village Deer Farm ingin mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN ke 58 kepada semua warga MALAYSIA yang berada di seluruh dunia.


#sehatisejiwa

#merdekadaripadafakevenison


Sunday, August 30, 2015

Daging Karkas


Karkas:

Harga Jualan - RM100/kg

HARGA PROMOSI - RM80/kg


Hubungi: 
013-769 2268 (Kamal)
[ sms / whatsapp ]

Saturday, August 29, 2015

Daging Rusa & Khasiatnya




LAST SPECIAL OFFER!!!


Jualan anak rusa betina umur 9-11 bulan.
( 5 ekor SAHAJA )

HANYA RM2500/ekor SAHAJA.
~ Harga Asal RM3000.
~ JIMAT RM500.

Syarat diskaun:
~ Bayar deposit RM500/ekor.
~ Bayar deposit sebelum 06/09/2015.
~ Pengangkutan Sendiri.
~ Rusa boleh diangkut pada 19-25/09/2015.
~ Siapa cepat dia dapat.
~ Stok SANGAT TERHAD.
~ Bayaran Deposit ke akaun CIMB - 8601831559 (MNM DEER ENT.)
.
Hubungi:
013-769 2268 (Cikgu Kamal)
[ sms / whatsapp ]
.
HUBUNGI SEKARANG!
.

Deer Harvest Chart - Pembahagian Hasil Daging


Friday, August 28, 2015

JENIS RUSA YANG DITERNAK DI LADANG KAMI

RUSA CERVUS TIMORENSIS




PRODUK BERASASKAN RUSA


Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-


DAGING: 
            Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara.
            Harga terus dari ladang RM5000 (2012) adalah harga untuk pembelian induk. Harga daging rusa di pasaran ialah RM60-80/kg.

 KULIT:
            Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.

ANTHER/VELVET (TANDUK):
            Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman.

TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES:
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.

GIGI:
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.

LIGAMEN & TENDON:
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.

EKOR:
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN - TERNAKAN RUSA


Antara faktor mengapa kita harus memilih rusa sebagai pilihan haiwan ternakan dari haiwan ternakan lain ialah:-
  1. Rusa mempunyai kadar kelahiran anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara 80% - 90%;
  2. Anak rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam setahun, iaitu antara 2% - 5%;
  3. Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dengan cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek;
  4. Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa;
  5. Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu;
  6. Mengikut kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan pertanian negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu;
  7. Dressing percentage rusa juga hanya dalam linkungan 60%;
  8. Daging rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah serta amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel terkemuka dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara;
  9. Selain itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang cepat berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain ekoran kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah, penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan, sama ada secara ladang (lepas bebas) atau secara potong dan bawa (cut and carry);
  10. Membantu membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan negara. Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para penternak dan memajukan ekonomi negara;
  11. Penternakan rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara dan memulihara kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat diatasi ekoran masalah pemburuan haram yang berleluasa.


#KebaikanKelebihan
#MudahnyaMenternakRusa

Thursday, August 27, 2015

JENIS-JENIS RUSA


Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah: 


Timorensis (Exotic):
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.

Sambar:
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar. 

Axis-Axis:
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000 ke atas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini menyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.





PROFIL SYARIKAT

PERMATANG SUNGKAI VILLAGE DEER FARM
[MNM DEER ENTERPRISE (KT0318145-H)] 
adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan ternakan rusa. Mula beroperasi pada tahun 2006, dan didaftarkan perniagaan pada 25 NOVEMBER 2012.

Permulaan penternakan rusa dengan membeli sepasang anak rusa jantan & betina yang berumur 6 bulan pada harga RM3000. Pada mulanya anak rusa ini diletakkan dalam kandang yang bersaiz 20 kaki X 20 kaki. Oleh sebab bertambahnya kepada 5 ekor dan bertambah sebanyak 3 ekor lagi pada tahun 2010 & 3 ekor lagi pd tahun 2011, pemilik PSV DEER FARM telah memasukkan modal sebanyak RM40000 untuk pembesaran kandang dan menambahkan lagi kemudahan yang lain seperti pembesaran tempat berteduh rusa, menambah satu lagi tempat makanan rusa, pembesaran tempat berkubang rusa, bilik gelap, bilik pasung, bilik pemindahan untukdijual dan lain-lain penambahan yang akan dilakukan.

Perbelanjaan daripada tahun mula, 2006 hingga 2011 ialah sebanyak RM10720. Perbelanjaan ini merangkumi dari aspek pembelian makanan, perubatan, upah dan lain-lain perbelanjaan. 

Kami menawarkan perkhidmatan menjual rusa pembiak, iaitu menjual anak-anak rusa hidup; bermula dari umur 4 hingga 12 bulan..

Kami juga akan menawarkan perkhidmatan “service‟ sembelih dan proses pemotongan daging dan tulang dan juga penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang datang membeli rusa di ladang.

Perancangan masa hadapan:- Mewujudkan sebuah Taman Rekreasi Pelancongan &  menyediakan peluang pelaburan kepada yang berminat untuk menternak Rusa.


.


#JomTernakRusa

#MudahnyaMenternak Rusa



.

PENGENALAN

Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.


Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.


Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia.


Akhir sekali, semoga sebarang maklumat ini akan mampu membantu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara kita, khususnya bidang pertanian negara.