Pages

Profil

My photo
PASIR PUTEH, KELANTAN, Malaysia

Friday, July 15, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 4


"Sahabat-sahabat yang mempunyai perancangan untuk ternak secara KOMERSIL, kandang yang sesuai untuk anda -> seperti gambar di bawah."

20X40(kaki) + 4X40(kaki) + 20X40(kaki).

Berkuli / cari mentor yang sesuai dalam industri ternakan rusa komersil.

.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.


Wednesday, July 13, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 3


"Bakal-bakal penternak yang ingin menternak rusa SEBAB untuk isi masa lapang, kurangkan stress tempat kerja ; anda boleh bermula dengan menternak sepasang anak dahulu.
Luas kandang yang sesuai 20X20kaki.
Timba pengalaman dengan sepasang anak.
InsyaAllah anda tak akan kekok untuk jaga anak rusa."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.


Sunday, July 10, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 2


"Nak ternak rusa?
Untuk apa?
1) Isi masa lapang?
2) Komersil?
Pilih yang mana satu.
Kalau ternak untuk isi masa lapang, lain caranya.
Kalau ternak untuk komersil, lain pula caranya."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.

Saturday, July 9, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 1


"Menternak ternakan rusa 10 kali lebih mudah berbanding menternak ternakan lembu & kambing."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.

PENGENALAN

Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.


Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.


Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia.


Akhir sekali, semoga sebarang maklumat ini akan mampu membantu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara kita, khususnya bidang pertanian negara.