Pages

Profil

My photo
PASIR PUTEH, KELANTAN, Malaysia

Friday, July 15, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 4


"Sahabat-sahabat yang mempunyai perancangan untuk ternak secara KOMERSIL, kandang yang sesuai untuk anda -> seperti gambar di bawah."

20X40(kaki) + 4X40(kaki) + 20X40(kaki).

Berkuli / cari mentor yang sesuai dalam industri ternakan rusa komersil.

.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.


Wednesday, July 13, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 3


"Bakal-bakal penternak yang ingin menternak rusa SEBAB untuk isi masa lapang, kurangkan stress tempat kerja ; anda boleh bermula dengan menternak sepasang anak dahulu.
Luas kandang yang sesuai 20X20kaki.
Timba pengalaman dengan sepasang anak.
InsyaAllah anda tak akan kekok untuk jaga anak rusa."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.


Sunday, July 10, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 2


"Nak ternak rusa?
Untuk apa?
1) Isi masa lapang?
2) Komersil?
Pilih yang mana satu.
Kalau ternak untuk isi masa lapang, lain caranya.
Kalau ternak untuk komersil, lain pula caranya."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.

Saturday, July 9, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA 1


"Menternak ternakan rusa 10 kali lebih mudah berbanding menternak ternakan lembu & kambing."
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.

Monday, June 27, 2016

PELAN KANDANG


20X20 kaki
20X40 kaki



KOBOI RUSA

Kami berbangga menjadi perintis/pelopor bagi memperjuangkan industri Penternakan Rusa di negeri Kelantan. Lebih-lebih lagi perjuangan berkaitan dengan Daging Rusa 'Original', iaitu dengan membanteras "Daging Rusa PALSU" yang ada di pasaran.

Dengan kepakaran yang kami ada & dengan bantuan rakan-rakan yang tidak sanggup melihat ummah menelan daging palsu yang tidak tahu dengan status kehalalannya, insyaAllah "Skim Jualan Daging Rusa Palsu" akan dibanteras di negeri Kelantan khasnya, dan seluruh Malaysia amnya.

Sesiapa sahaja yang ingin membantu kami membanteras daging palsu dan juga bersama-sama kami ingin meningkatkan industri Penternakan Rusa setaraf dengan ternakan lain, bolehlah memberi bantuan dari segi ilmu, pandangan, harta, kewangan, masa, tenaga dan lain-lain lagi.

Dengan bantuan daripada anda, insyaAllah industri PENTERNAKAN RUSA akan maju di MALAYSIA dan menjadi pengeksport utama produk keluaran berasaskan rusa seperti daging, kulit, tanduk hiasan & velvet ke seluruh dunia. INSYAALLAH...

CIMB:- 8601831559 (MNM DEER ENT)
MAYBANK:- 151061470567 (MOHD NAZRUL KAMAL)

MOHD NAZRUL KAMAL MOHD NAWAWI
GM PSV DEER FARM
-MNM DEER ENT-

013 769 2268 (sms/whatsapp) sahaja

Nazrul Kamal Nawawi
https://www.facebook.com/nazrulkamal.nawawi


Friday, June 24, 2016

KENAPA TERNAK RUSA?


~ mudah nak jaga.
~ daging rusa palsu.
~ makan tak cerewet.
~ % penyakit sangat rendah.
~ haiwan eksotik.
~ terapi stress.
~ agro pelancongan.
~ sumber pendapatan.
~ elak kepupusan Sambar.
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.



Wednesday, June 22, 2016

MUDAHNYA MENTERNAK RUSA

Nak jaga rusa tersangatlah mudah, makanan pun tak cerewet, penyakit pun terpaling sangat rendah atau boleh dikatakan zero penyakit, kalau yang jinak boleh jadi terapi stress, kos operasi pun rendah, sebab itulah pihak kami menggunakan tagline ini sebagai tagline syarikat & ladang kami, "MUDAHNYA MENTERNAK RUSA".
.

#jomternakrusa
#mudahnyamenternakrusa
.


Wednesday, June 8, 2016

INDUK SEPASANG (FOR SALE)


1. Jantan (bapak umur 4 tahun)
2. Betina (ibu umur 4 tahun-pengalaman beranak)

»»» HARGA:- RM10,000 «««
.

~  tiada penghantaran.
~  kotak rusa tidak disediakan.
~  sah sehingga 28/6/2016.
~  deposit RM3000.
~  urusniaga secara Tunai/Cash.
.

Hubungi:
013-769 2268 (WhatsApp)
- Kamal -
.


Friday, May 27, 2016

JUALAN BAKA RUSA (TIMORENSIS)

JUALAN BAKA RUSA (TIMORENSIS)
=============================

Baka rusa untuk dijual:-
>  Betina (ibu)  -  RM4500/ekor
>  Anak  -  RM2800/ekor

Berminat?

Hubungi:
013-769 2268 (Cikgu Kamal)

p/s:
# bayar deposit rm1000/ekor, sebagai tanda persetujuan urusan jual beli.
# harga rusa ini sah sehingga 31 Mei 2016.
# pengangkutan penghantaran tidak disediakan.
# kotak angkut rusa tidak disediakan.


PENGENALAN

Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.


Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.


Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia.


Akhir sekali, semoga sebarang maklumat ini akan mampu membantu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara kita, khususnya bidang pertanian negara.